Friday, December 17, 2010

XPDC Mencari Tebu Di Gunung Tebu

peserta2 xpdc sedang menunggu ketibaan bus di dewan berlepas di KL Sentral. jam tepat 11.50pm. sebenarnya aku paling takut dan akan berfikir yang bukan2 jika naik bus waktu tengah malam buta. memang sah2 aku asyik terjaga dan dok kelih2 ke arah pemandu bus, pasal nak tengok dia ngantuk ke hape. bleh la aku sekeh kepala dia ke kalo dia ngantuk.


acara menyumbat dan mengemas kini beg dengan ration dan barang yang perlu sahaja. masa ni barang2 seperti bahan mentah makanan dibahagi secara rata mengikut timbangannya pada setiap peserta. tapi cam biasalah pompuan kalo mendaki mesti beg lebih kecik dari beg lelaki. so kompemla lelaki kena bawak material yang lagi berat..cam periuk belanga seme. haha. kami bertolak naik ke atas tepat jam 11.30 pagi.
tepat jam 6.30 petang lebih kurang kami sampai ke puncak. (aku dengan Liz). yang paling lewat sampai jam 8 malam. keadaan sedikit cemas pasal tetibe kami diberitahu dua orang dari kami tak tiba2 ke tapak perkhemahan. gelabah jap memasing masa ni. kawan aku dah start bace doa. dah siap kumpul rescue team untuk operasi mencari. tapi alhamdulillah.. 2 yang terakhir (tersesat ke tapak perkhemahan lain) selamat tiba.

selesai settlekan juadah makan malam, kesat2 badan dengan air lopak lebih kurang, salin pakaian bersih, kami makan malam dengan menunya bihun sup dan teh o panas. sedapnya tak terkata!

saat2 sengsara seorang pendaki. masa ni memang tak tipu, perasaan menyesal menyelubungi aku dengan kawan aku. pasal sebelum ni kami dah membuat aku janji takkan naik gunung lagi last naik Berembun Cameron.. tup2.. kami pegi jugak trip gunung. ha ha..masa part mencanak, tekak dahaga, peluh tak henti meleleh..saat tu yang terbayang adalah air teh ais, milo ais, nescafe ais, seme yang berais2.. kan bes kalau atas gunung ada makcik bukak gerai jual cendol ke, air ke..kompem laku!


pokok yang bercahaya waktu malam.. kawan aku cakap la. kulitnya licin mengalahkan kulit muka aku.


Batu Mat Hasan ~ tak tau apa kisahnya batu ni..hingga mendapat gelaran sebegitu rupa


pepagi melihat panorama matahari terbit di jendela pandang. tapi aku tak pegi, pasal nak kena hiking jugak lagi. ahh.. tak kuasa..(tapi bila tengok gambar kengkawan rasa nyesal pulak tak pegi.)haihh..


hutan gunung yang kering. sumber air terdekat ialah 2 jam pegi dan balik. bayangkan..betapa kesian nya kami. basuh muke dengan air lopak je. (air mata air kot)


acara memasak dan makan sarapan beramai2. semenya tak basuh muka. jimat air.periuk belanga basuh pakai tisu aje. lap2 air lebih kurang. tak cukup dengan scramble egg, kacang panggang, roti telor, hotdog, ada yang bersantap meegi lagi. nak kumpul tenaga, jap lagi nak mendaki turun pulak.ho ho


t-shirt rasmi XPDC gunung Tebu.


sessi suai kenal nama dan facebook memasing sebelum bergerak turun. malam tadi tak sempat nak bersuai kenal. masing2 dah letih, lepas makan malam terus tido.


beg aku yang tersayang bergambar kenangan dengan papan tanda puncak sebelum bergerak turun ke bawah. khemah oren tu bapakla beratnya.


sungai / jeram yang kehijauan (tak sempat kami nak mandi kat sini)


air terjun Lata Belatan

antara muka2 yang sampai awal (termasuk aku..huhu). bertolak turun jam 12.30 tengahari. selamat tibe di bawah tepat jam 5.30 petang. sempat gakla mandi kat Lata Belatan ramai2.


Aku dah wangi!


acara bersalaman memohon maaf antara krew2 sebelum berangkat pulang ke KL. ada rezki ketemu lagi!

1. pertama kali aku rasa air lopak tu sangat nikmat.
2. apa benda yang bernama Tebu, belum tentu ia manis.
3. tak mandi satu hari tu, tak menjadikan badan manusia busuk.
4. Tuhan ciptakan lutut dan kaki dengan sangat hebat untuk tampung 50kg ++++ berat.
5. benda yang wajib di makan di atas gunung ialah Meegi
6. air kopi yang dibancuh di dalam periuk adalah yang paling best
7. masuk hutan jangan suka toleh belakang, sebab anda akan rasa seolah2 ada benda join skali trecking anda. (ha ha ha)
8. tido di dalam khemah adalah tido yang paling nikmat
9. naik gunung tak perlulah beratkan beg bawak ubat gigi, syampu, sabun mandi, alat make up dan sebaginya.
10. aku dah tak mau naik gunung lagi dah. tolong jangan pelawa aku, nanti aku pegi jugak lagi.


date : 10 ~> 12 dec 2010
Acara : trecking, hiking, sleeping, drinking a lot of water, eating, making friends,
tempat : Gunung Tebu, Besut Trengganu
anjuran : PELOPOR Adventure Team
komen : best

4 comments:

iedasa said...

x t v t yg sehatt.. thumbs!..

wow! 50kg ++ tuh..

Sutera_suci said...

Nakkk ikuttttttttt!

Anonymous said...

Superb..nice 1!

-tungau

cikani said...

gmbr paling best, gmbr tasik ijau tu...lawa sgt!
cikani pn penah daki gunung nuang kt hulu selangor...tu adalah d 1st & d last huhu lps ni kalau bg rm1000 pn cikani xnk naik dh gunung...