makan mee rebus kemudian minum hor hor horlick... gabungan yang bernas untuk kerja tidur yang mengkagumkan...ah, kalaulah aku boleh capai bantal atau cabut balik rumah..lantaran dah mengantuk. aku selalu fikir, kan bagus kalau opis aku buat style camni... sesape yang dah selesai kerjanya.. takde kerja, boleh balik umah. atau.. kalau rasa mengantuk, boleh masuk bilik rehat and tidur sampai hilang ngantuk. tapi alamatnya bankrap la company macam ni kan.. haha..
masuk sini untuk kerja blogging..aku akui aku dah hilang minat..sedikit sebanyak dah pupus minat... kadang2 jenguk pasal nak tulis sepatah dua kata... dan sekadar nak ingatkan diri aku... yg aku masih hidup..haha.
sekarang, benda yang paling best aku buat ialah... mendownload sehabis-habis lagu korea...hehe
maaflah...disebabkan aku bukan duduk korea, jepun, taiwan, singapore..maka aku terpaksa rela mendownlod secara free hasil usaha group2 yg aku suke tahap dewa tu..bukan aku tak support karier dorang tapi...masalah halangan dari segi geography...hehe.
sekarang memang dah hampir2 tak mendengar lagu2 melayu waima lagu inggeris. kalau orang tanya apa latest single Lady Gaga...sesumpah aku tak tau nak jawab..(sesumpah jugak aku tak minat dia lansung!!). yang bestnye kalau aku nyanyi lagu korea dalam bilik, bilik air, atau opis...sesapa pun takkan tegur aku silap lyric.. pasal dah tentu2 la takde sapa yang tau lyric aku nyanyi tu betul ke tak!kan?
FT Island ~ mula-mula aku suka group ni...suka giler..sampai siang malam pagi petang..aku dok putar lagu dorang.. (maafkan aku Tuhan tentang hal penyakit telinga yang kronik ni..sebab banyak sgt mendengar hiburan) T_T lagu dorang : best2 jugak. semua kompilasi lagu ada dalam simpanan aku. lagu2 irama pop berunsurkan cinta, putus cinta, bla bla bla...
pakej wajah : comel jugak..boleh tahan. muka jambu2. sesuai untuk stok poster tampal depan pintu almari. pada satu ketika aku sgt2 adore si Lee Jae Jin! ^_^ latest album : Beautiful Journey. aku kurang gemar. tak mencuri perhatian aku. 2,3 kali repeat, aku dah delete dari list mp3.
beberapa ketika kemudian group ni.. Big Bang! siang malam pagi petang (tipu la siang malam pagi petang) aku dok usha semua koleksi lagu2 group ni. sampai wallpaper desktop pun dah bertukar. Oh...Tae Yang... lagu dorang : antara koleksi mp3 kesayangan aku. best2 belaka. tapi tak semua aku suka. hehe..gara2 mereka aku rela bertukar haluan dan membeli henpon baru. sebab memory henpon lama asyik jammed. tak muat. hehe.. teruk kan?
pakej wajah : tak jambu, tak hensem tapi sangat berkelakian. yang penting semua bersuara best.
latest album : Beautiful Hangover. Mantap!

sekarang aku beralih pulak kepada Super junior! ni macam budak2 sikit. pasal aku rasa budak2 je yang suke Super Junior. tapi aku budak2 apa...(tak sedar diri).. dorang ni dah lama ada dalam industri K-Pop. dah lama jugak aku tau. tapi dulu2 tak minat. pasal dorang ramai sangat. waktu tu 13 orang anggota kumpulan. sekarang not sure the exact members. pasal ada yang katanya dah meninggalkan kumpulan. masa tu aku anti jugak SuJu. pasal rasa dorang ni cam sekadar tayang muka je, suara kompem lemau2 je. hahaha...(maaf kan aku Elf seluruh dunia. sekarang aku dah tarik balik kata2 beracun aku ni.) T_T.
lagu dorang : hampir semuanya best! (semua best. mana yang tak best aku ni). hampir semua lagu SuJu ada dalam list mp3 aku. yang aku sempat download la. kerja banyak kat office mana sempat nak layan semua... (ngehngehngeh =====> aku tipu!)
pakej wajah : Lee Teuk Oppa...Saranghae! ho ho >_<
Latest album : Bonamana (Repackaged). Sangat sedap! (at least for me!) oh.. goyangan mereka untuk Bonamana sangat mengkagumkan!

pastu...2,3 hari ni aku mula berjinak dengan group ni. 2PM. sebelum ni tak layan jugak dorang ni. pasal aku rasa dorang suke tonjolkan badan. hahaha... tapi bila dengar lagu dorang dari album terbaru terus aku jatuh cinta. pada lagu sahaja.
lagu dorang : b.e.s.t. jugak. adala 4,5,6 yang aku suka setakat ni. (belum habis download)
pakej wajah : macho dan badan berketul2 (komen aku : apa kaitan badan dengan wajah?)
latest album : Still 02:00pm. i love track no. 3 a lot!
wah!! dah tepat jam 5.36 pm. ok, sekian laporan mengarut dan buang masa untuk hari ni.. sampai waktu, berjumpa lagi. Ddanddaranddan, ddanddaranddan, ddanddaranddan, ddadaddarabba Ddanddaranddan, ddanddaranddan..... (Bonamana!)
*sebenarnya banyak lagi K-Pop yang aku suke.... nak citer pun tentu tak habis sampai ke subuh! U-Kiss, B2ST, 2AM, SG Wannabe, V.O.S, Monday Kiz.... haha..semuanya aku suke... tetapi malangnya group wanita sekor umat pun aku tak suke dan takkan pernah untuk suka kot?... hehe.
12 comments:
cikani pn sukeeeee suju...
suke gak layan 'explore human body' suju nyer...rancangan leh thn lawaknyerr=D
demam korea. sentiasa melanda peminat-peminat wanita. haha.
cikani!!
~hahaha....i luv u bcoz u love SuJu!hehe ^^
*shemmi suke tgk dorang punye live konsert...fun!
reverie
~ape nak dikate...sbb mereka comel2!hahaha...^^
Korea? Wahh sama kegemaran ni Shemmi. Apa khabar kamu?
IRIS
~ye, shemmi sgt suke korean POP...shemmi sihat Alhamdulillah..
^^
bru je tgk video clip super junior.. dan jatuh cinta hehehehe
aaa..dah lama x layan citer korea
lagu korea kekadang je dengar
sekarang layan Maher Zain
try dgr.. best lagu2 dia soothing and calm
Ermalina;
~tahniah sebab dah jatuh cinta..hehehee ^^
chai n tea;
~dah penah dgr lagu si kacak Maher Zain...dulu lyn jgk Maher Zain..skang layan SG Wannabe utk soothing n calm...haha
cik shemmi tumpg tnye.. pnah dgr lagu korea dlm 1 iklan kt astro.. KBS nye iklan
Ermalina;
~memandangkan cik shemmi xde astro (wlp dh idop di zaman astronaut ni..hehe) maka cik shemmi x pnh la dgr lagu tu... lagu sape yg nyanyi?...
suju..
oppa hwaiting!!
hauhuahuhauhua..
siyes beb..
setot minat giler group ni..
mlm2 dia layan.
tpi since han geng dah takde,tak best dah.
lagi best layan shinee...
otoke,otoke!!
smida!
Sidratul Muntaha:
~a'ah han geng dah xde dah..tp ia x mnjejaskn kot kebestan SuJu..hehe..
Shinee x layan..pasal mereka sgt kurus....(alasan je...entah knp x suka Shinee...for me SS501 is much better) ^_^
Post a Comment