Friday, October 22, 2010

Chingu ~

kenapa ye...

nasib sesetengah orang sangat baik (nah, aku bukan merungut, aku cuma tanya kan saja)..

tanpa perlu berusaha (entah.. mereka sangat berusaha agaknya. aku je kot buat2 tak nampak) mereka boleh dapat apa yg mereka impikan dengan mudah. perjalanannya...orang putih kata flow nya bergerak dengan mudah je. mudah pada mata aku, mudah pada penilaian aku.

tak perlu tunggu bertahun2.
tak perlu menangis bersungai-sungai meminta.
tak perlu berdoa berbuih2 memohon.
semua yang diinginkan diperolehi.

dan kenapa nasib sesetengah yang lain kurang baik?

perlu menunggu bertahun2.
perlu menangis sampai kering air mata untuk meminta.
perlu berdoa sampai berbuih2.
tapi... yang di inginkan belum tentu diperolehi.

kasihan!

ok..bersangka baiklah kamu, kelak yang baik juga akan kamu dapati... ayat buku aku baca malam tadi.

emh..otak aku kemana masa aku baca buku tu semalam ye? >_<

maaflah, aku bukan fikir yang bukan2, jauh sekali beremosi.. (cuba untuk menafikan..hehe)...tapi sekadar meluahkan perasaan..atas sehelai "kertas kajang maya"... kemudian ....buang! maafkan aku Tuhan!


*DVD Super Junior Super Show 2 : kalo aku beli ni.. mak aku, abang2 aku, kawan2 aku mesti lempang aku laju2! kan? T_T

5 comments:

Sidratul Muntaha said...

jgn beli.
membazir jer...
jgn mengeluh..
Allah tak suke.
nnti jatuh munafik.
happy weekend.

Ermalina said...

sy pun kdg2 rase cmtu.. smua yg diingini kdg2 sukar diperolehi.. tp ni smua ada lah takdir dr Allah. kita harus bersabar & bersyukur.. mungkin 1 hari nnti masanya akan tiba jua. Allah itu maha Adil

oh ya.. ada tugasan utk cik shemmi yer.. sila jwp tag hehehhee

Shemmi said...

Sidratul Muntaha;
~terima kasih krn malarang
terima kasih krn mengingatkn..

^_^


Ermalina;
~InsyaAllah...bersangka baik trhadap Allah, Allah akan mmberi yg trbaik juga. Amin! ^_^

*ek...ada tugasan?haha...ok2, roger,

chai n tea said...

jgn cemburukan rumput di laman org lain tanpa menghargai cantiknya rumput yg tumbuh di laman sendrik sayangku

setiap org ada cabarannya, kita tatau..maka bersyukurlah dgn apa yg dikurniakan oleh-Nya

jangan sesekali mengeluh..jgn berputus asa dalam berdoa..Allah sentiasa dekat dgn kita..lebih dekat dari urat di leher kita

Shemmi said...

chai n tea sayang;
~ sy x mengeluh...sy hanya tertanya2 je..hehehe...^^