Monday, September 6, 2010

Kes Bunuh Di Kejiranan Anda?

"bagaimana terpengaruhnya aku dengan drama2 kat tv.."

nak dijadikan cerita.semalam sedang aku melipat2 baju raya yang nak di bawa pulang ke kampung..waktunya selepas solat isyak..aku ternampak cahaya lampu berkelip2 dari luar rumah...aku dengan perasaan teruja (termasuk teruja nak balik kampung) menjenguklah ke luar rumah melalui celah tingkap...

ternampaklah aku 3,4 buah kereta polis dengan anggota2nya yang segak beruniform biru tua..kemudian di sisinya pulak ada kereta ambulans terpacak betul2 di sebelah tingkap rumah aku...(rumah di tingkat dua)..

apa lagi..aku pun dok terjerit2 memanggil kawan yang ketika tu asyik menjahit baju raya di ruang tamu rumah..macamlah aku nampak ahli2 Super Junior lalu sebelah umah lagaknya..

kemudian kawan aku pun turut menjengahkan kepala ke balkoni yang tersidai baju2 kami...(kalo umah flat, tau2 ajelah kan situasinya..balkoni tu jadi tempat ampaian jugak)..
di celah2 bajuan yang berbau softlan tu kami berdua mula terexcited lebih dan aku pun mula la buat andaian yang tersendiri..buat penaakulan sendiri..

Pertama : ada orang bergaduh, kemudian salah sorang kena tikam lalu terbunuh
Kedua : ada orang dijumpai terbaring di ruang tamu dengan keadaan dah meninggal
Ketiga : ada orang dijumpai menggantungkan dirinya di ruang tamu rumah.

hahahaha.....

kemudian...ada kanak2 berlari2 di depan umah kami...kami berdua terus berlari pulak macam paparazzi ke arah depan...dan sibuk terbongkok2 mengintai dari celah langsir ke luar rumah...rupa2nya mangsa dalam kes ini adalah jiran satu tingkat kami!!lagilah kami excited!

kawan aku dengan sukanya bertanya pada salah seorang budak2 yang tak jadi pegi terawih tersebut (berdasarkan pada pakaian baju melayu yang sedang beliau pakai)

"Adik, kenapa tu?"

"Ada orang sakit jantung". jawab adik tersebut dengan ringkas.

pastu aku pun menambah penaakulan..

Ke empat : Ada orang sakit jantung, dan mati secara mengejut.
Ke lima : Ada orang sakit jantung, tapi ahli keluarga beliau tersilap buat panggilan. terover sampai polis datang sampai 3,4 buah.

kemudian....

dengan orang yang berpusu2 dok menjenguk di depan rumah jiran aku..aku pun kembali melipat pakaian.. (ah, dasar jiran yg kurang prihatin..hihihi)

kemudian beberapa saat kemudian, kawan aku memanggil, katanya jiran aku dah di usung keluar dari rumah...dia kemudian berlari2 pulak pergi ke tepi balkoni...aku hanya sekadar menjenguk dari tingkap dalam bilik aku...(bilik blakang skali)..alhamdulillah orang tu selamat...(berdasarkan kepada keadaan selimut yang hanya menutup separuh badan, bukan seluruh badan)

jadi..penaakulan aku yang paling hampir tepat ialah...yang ke lima.
sekian...

haha..x sangka aku bleh fikir yang bukan2..ni seme gara2 terpengaruh dengan drama..banyak sangat tengok drama CSI...hahahaha...

kawan aku gelak giler hal polis tu..yelah..sampai 3,4 buah..cam xde kerja lain..ingatkan kes besar apa...hahahah..maaf ye encik polis...

selamat balik kampung!!!Maaf Zahir Batin!!Selamat Hari Raya!!^_^

2 comments:

chai n tea said...

heheh sakan ber CSI ye mcm2 hipotesis kuar

kes bunuh penah happen kt area my house 3 tahun lepas
org tu kena bunuh depan rumah abah

kes masih x solved..coz suspect dgrnya after kejadian terus di post ke luar negara..tatau la

oh ye lupa nak wish..
selamat hari raya!!

Shemmi said...

matun!!
~i miss u babe!seriously!..

selamat hari raya jugak utk u...maafkan segala kesilapanku selama ini....