Friday, August 13, 2010

Hari Ke - 3 Puasa Tahun 2010

puasa baru bermula
dan biar raya nun jauh di sana
kau dan kau asyik mengira
bukan tentang berapa usia untuk mengejar berkat sedapat mungkin
bukan tentang berapa wajib dan sunat kau ikhlas dirikan
bukan tentang berapa patah huruf kitab kau ucapkan
bukan tentang berapa amal sedekah kau mahu berikan
tapi tentang...

berapa upah baju yang kau perlu bayarkan
berapa balang kueh kau nak penuhkan
berapa harga toll terpaksa kau lunaskan
berapa duit minyak kereta kau harus sediakan
berapa duit raya kau harus bahagi-bahagikan..
berapa, berapa dan berapa...
dan kau termenung dan berwajah kelat
kau terlupa...
raya itu kejayaan atas kejayaan..
dia kedua, ketiga, ke empat ke lima.. entah ke berapa..
yang pertama itu
ramadhan yang kau cicir-cicirkan...
kau dan kau
kau itulah aku


(aku tengah kira bajet raya...duit upah baju..duit raya anak buah..kemudian..tiba2 terfikir dalam benak otak yang kasihan ni...hai...kenapa aku asyik terkejar2kan raya...berkira2 sesungguh hati..walhal..ramadhan ini harus di utamakan....masyaAllah!) T_T

6 comments:

JIVEBUMZ said...

bestla puisi akak nie!
saya mau kopi paste buleh ngakk?
haa nak amek jugak... kehkehkeh

kak, raya tahun nie sakit ler org2 gomen gaji bulan nie nak di pakai sampai ke hari raya..huhuhuuu

alonggg tolonggggg!

reverie said...

Susah juga. Nasib baik aku belum masuk fasa tu lagi.

Shemmi said...

Jibam~amik ler sesuka hatimu..huhu...
gaji gomen kamu kan '2' (bob+ila) digabung mnjadi 1...masih byk kann...hahahaha..

reverie~kau akan masuk..pasti..suka atau rela..^_^

chai n tea said...

hehehe..cm terkena lak
cuma thn ni x pikior psl baju raya lagik
thn ni raya kt KL je
so mebi x baper excited sgt kot huhu

ijan said...

tringat ms kat kk thn2 sudah.. mesti tmn kn cr tdung la, kerepek la.. dan mcm2 lg.. bl dekat feel raya semcm hilang.. feel ibadah sgt byk.. hehehe.. apa2pn sy pcaya k.ina mesti tk miss terawih, tahajud & yg sewaktu dgnnya.. ahhh.. syoknye ramadhan!!! ;)

nursaara9virgo said...

suka lah baca smua ayt dlm blog ni.....