cik Kedut
kau
ludahkan kata-kata yang terbuku
semalam
ia kesat
berlendir
hanyir
aku hampir termuntah
menelan semuanya
bulat-bulat
tanpa mahu aku menjawab.
Cik Kedut,
kau berikan aku satu 'sikap'
biadap?
tiada hati dan perut?
nah,
bagaimana aku mampu terus hidup
jika tiada hati dan perut?
biadap aku mungkin juga biadap kamu
selagi kamu dan aku bergelar manusia selagi itu kita biadap
jangan perasan.
cik Kedut,
kau ludah kau lupa juga untuk menelan
setiap yang berlaku sekelilingmu
bukankah ia hasil pantulan
diri kamu sendiri?
sial, sial, sial,...
kau ulang nesta ini
nah,
sekarang kenyanglah kamu baik-baik dengan apa yang kamu fikirkan
aku tak akan ambil peduli.
cik kedut
maaf,
kita memang tak sebulu
aku tak mampu mengejar kriteria yang kamu mahu
tak mampu menukar pasar menjadi kamar beradu
tak mampu mendodoi kamu seperti anak kecil
kau dah campakkan aku
dan..
jika itu yang kamu mahu
tunggu..
kunci akan kembali kepadamu!
~~~~~~~~~~
*hidup...tak selalu menyintai kita...kita yang harus menyintai hidup..wlp...ia busuk!
kau
ludahkan kata-kata yang terbuku
semalam
ia kesat
berlendir
hanyir
aku hampir termuntah
menelan semuanya
bulat-bulat
tanpa mahu aku menjawab.
Cik Kedut,
kau berikan aku satu 'sikap'
biadap?
tiada hati dan perut?
nah,
bagaimana aku mampu terus hidup
jika tiada hati dan perut?
biadap aku mungkin juga biadap kamu
selagi kamu dan aku bergelar manusia selagi itu kita biadap
jangan perasan.
cik Kedut,
kau ludah kau lupa juga untuk menelan
setiap yang berlaku sekelilingmu
bukankah ia hasil pantulan
diri kamu sendiri?
sial, sial, sial,...
kau ulang nesta ini
nah,
sekarang kenyanglah kamu baik-baik dengan apa yang kamu fikirkan
aku tak akan ambil peduli.
cik kedut
maaf,
kita memang tak sebulu
aku tak mampu mengejar kriteria yang kamu mahu
tak mampu menukar pasar menjadi kamar beradu
tak mampu mendodoi kamu seperti anak kecil
kau dah campakkan aku
dan..
jika itu yang kamu mahu
tunggu..
kunci akan kembali kepadamu!
~~~~~~~~~~
*hidup...tak selalu menyintai kita...kita yang harus menyintai hidup..wlp...ia busuk!
3 comments:
hati..hati korang menyial
sebab korang menganggapnya sial.
kunci adakala membuka lembaran baru..tapi mungkin membuka lembaran durjana juga.
busuk-busuk budu.
*jk x mncuba segala kunci.mgkin xkan bertemu pintu yg baru...
* S***....itu anggapan ssorg pd dirinya..biar dia telan sampai kenyang!
aaaaaa
erm dgn teman serumahmu kah?
sampai begitu sekalik dialognya
Post a Comment