Tarikh : 20 ~ 23 May 2010
Tempat : Pulau Kapas, Terengganu
Chalet : Makcik Gemuk Chalet (2nd year.. dapat bilik yang sama jugak..adui..)
Aktiviti : candat sotong, mabuk laut, snorkeling, baring atas pasir, mandi di persisir pantai, skodeng penyu bertelur jam 2 pagi (tapi takde pun), berkaraoke sampai keadaan tak terkawal, membina istana pasir, bermain volleyball, barbeque, menghitamkan badan,solat berjemaah... dan banyak lagi.
Peserta : 20 orang ~ (Ahad, AJ, Naza, Buncheek, Berbird, KD, shemmi, Liz, Nad, Niza, Juju, Anom, Cikgu Irni, Rose, Michael, Azwa, Dina, Maria, Ha)
menunggu feri di jeti Marang untuk ke Pulau Kapas
teruja naik feri.. tak sabar nak jejak pulau..
senyuman pencandat yang manis wlp dah tengah malam.. Mata dah ngantuk..sotong belum muncul2..hasil tangkapan kami kurang berbanding tahun lepas. tapi standard ar, yang mencandat secara tegar hanya 7,8 orang..selebihnya..koma! (mabuk lalu tidur bergelimpangan).
proses pembakaran sotong secara besar-besaran sebelum dinner di malam terakhir..
peserta 'karok terlampau' sedang menunggu turn untuk 'menyumbangkan' lagu sambil mencari lagu yang sesuai dengan mutu suara masing-masing. (tiada dalam gambar, jurukamera amatur video peminat terlampau malam itu)
kehidupan yang boring seorang penyu.. (terkurung)
Sessi beramah mesra dengan penyu. (dapat tengok yang belaan pun jadi la..malam semalam..tak naik lak dia ke darat)
~ Mac, Trans Berembun-Perdah-Jasar.., May, candat sutun @ Pulau Kapas, next...eksplorasi ke Tasik Kenyir pulak..on October..insyaAllah. MTB group hwaiting!!! sapa2 nak join silalah layari Facebook MyThinkBox Ok?..hehehe..promot..
^_^






3 comments:
makanan laut...... pehhhh!
enjoy sungguh akak aku yg sorang nie yer!
Jivebumz,
~org bujang katakan...mau x enjoy!haha!
Post a Comment