Monday, April 26, 2010

Saya Suka, Kami Suka ~ I-City @ 23/24 April 2010

aku...
dah jarang2 masuk sini.
tak dapat nak masuk selalu.
seperti dulu.
ye, seperti dulu, blog ni semacam tahan saje dengan kerenah aku, leteran aku sepanjang menjadi blogger.
semacam perkara tu baru berlaku semalam,
aku mula berkenalan dengan blog..
kemudian jatuh cinta dengan sangat mendalam,
kemudian rindu tak keruan, (hari-hari aku membuka blog,sampai bos pun perasan),
kemudian bagai tak dapat dipisahkan,
kemudian saling memujuk perasaan, (hari-hari nak menulis dan berkongsi tentang apa2 saja), kemudian aku bertemu dengan teman yang baru yang lebih fun, (aku jumpa facebook, aku jumpa kerja yang mulai menambah kat opis)..huhu..
kemudian hubungan menjadi renggang,
aku dah kurang melayan blog aku, juga blog teman2....
maaf blog..bukan aku lupa dan tak pentingkan kamu, tapi keadaan tak mengizinkan untuk kita seperti dulu..
^_^

emh..sempena sambutan ulang tahun yang ke-18 forever aku pada 24 april 2010..aku harus ucapkan sesuatu untuk teman yang aku sayangi...cik Jivebumz kerana kesusah payahan nya membuat entri spesel untuk aku.huhu..

Ila~terima kasih yang tak terhingga untuk entri besday tu dan sessi bergambar sampai sakit perut di I-City.
Ijan~terima kasih yang tak terhingga juga untuk kek tu..dan.....semuanya..
~sebenarnya bagus untuk menyambut hari jadi..ia akan mengenangkan kita kepada mati..umur sudah meningkat...kematian hampir dekat..tapi....aku selalu juga lupa, aku insan berdosa...yang amat banyak! haih...
*****************************************
sedikit gambar pada malam itu...di I-City, seksyen 7 shah alam...takkan aku lupa...sebelum membelah kek besday, kami ronda2 dulu di sini.orang kata best, kitorang pun nak gak test best ke tak...emh..kira OK lah..eh,..emh, ye, sangat best! pasal aku ada 2 orang teman yang sangat best ketika lawatan sambil bergambar ke I-City nih..hehe..tempat ni di buka secara percuma setiap malam...silalah berkunjung bersama rakan taulan untuk mengeratkan hubungan selain meramaikan parking..(promote).

4 comments:

AyanaAsham said...

tp dh byk lampu yg rosak kan.

JIVEBUMZ said...

yuhuuu gambar sume cantik2 kan.. fotogenik u!

Shemmi said...

Ayana~erk, ye ker?...x perasan pulak..huhu...
mgkin dh terlalu ramai org datg...keadaan dh x terkawal..

Jivebumz~yer2...anda fotogenik...(kasik chance)..haha

Anonymous said...

Tahniah...ina
Selamat Hari Jadi.

abj.