Gadis
kau sedang dihujani cinta
lebat
basah
seluruh hatimu
lemas tapi bernyawa
petah bibirmu bercerita
manis wajahmu tersenyum mengukir wajah si dia
aku di depanmu ikut terlampias
Gadis
aku tahu kau sedang di ulit bahagia
aku tahu
cinta itu manisnya tiada cela
menukar hempedu menjadi madu
tapi
panjangkan akalmu
celikkan pancainderamu
kerna aku tak mahu mendengar
sedikit hari nanti
kau mengulangi;
'lelaki itu semuanya sama!'
0 comments:
Post a Comment