"aku tarik diri. ada hal. last minute. tak dapat elak". mesej seorang bernama Joyah di hari terakhir. ah, kacau! rakan trip tak cukup, mana mungkin boleh ke gunung Irau besok. Renjer minima bleh bawak dalam 4 orang.
babak 2 :
hampir petang...lepas puas berdiskusi.
"begini, tak payah pegi la. hotel burnkan saja. next time aku tak mau amik tau!" nada kecewa seorang teman. itu mesej seorang shemmi. ah, shemmi marah ye? bukan boleh buat apa jika marah. buruk!
babak 3 :
"jom kita pegi jugak cameron nak? tapi tak naik Irau. takpun kita share2 deposit tu". pujuk seorang Liz. Tiada Irau, bermakna tiadalah Mossy Forest. ah, kecewa lagi.
"maaf, kita penat dan sedikit kecewa. penat excited. jadi cakap pun bukan2. pasal deposit tu kita lansung tak kisah. sikit aje.hehe". emosi shemmi dah kendur. kembali normal.
"jom outdoor jugak besok nak tak? yang dekat2 aje." Liz memujuk. sebab kami dah lama tak outdoor. keinginan tu tak mengendur.
babak 4 :
"penah dengar pasal Broga? kita tanya kawan tadi. dia suggestkan pegi bukit broga. kat semenyih. easy hiking je." usul aku.
"jap.. kita google............shah alam > semenyih dalam 30-45minit, kawan penah pegi...boleh tengok sunset atau sunrise. view cantik. ramai orang. 30 minit naik puncak. kena bertolak 5 pagi. camane?"
"i follow. ijan follow". shemmi. ringkas dan muktamad.
"ok. jemput kita kat tempat biasa jam 5. bawa lampu suluh..bla..bla..". wajah Irau dah hilang. aku sedang berfikir...emh...Broga tu macam mane? best ker?
babak 6 :
lebih kurang 5 pagi keluar rumah bertolak dari shah alam. berpandukan map yang di bawa Liz. serta dibantu Ijan menelaah signboard ke semenyih. shemmi tak google apa2. diam merenung jalanraya yang lengang. nak pecut pun boleh. orang masih sedap berselimut. jam 6 tiba di semenyih. mata terpandang simpang masuk ke Broga. Alhamdulillah. angkat takbir pertama di petronas.
babak 7 :
jam lebih kurang dalam 6.30 pagi. memulakan pendakian. subuh masih pekat. berderet2 kereta di parking di kawasan ladang kelapa sawit. kena charge sewa tuan tanah RM1 untuk parking. pasti benar sudah ramai di puncak. jam berapa mereka sampai? dengar2 ada yang siap berkhemah di atas sana. hebat!
babak 8 :
perut sedikit senak. nafas turun naik. peluh memercik. ada rasa mual di hulu hati. ah, gawat!takkan dah pancit? sekarang shemmi, liz dan ijan mengerti hikmahnya gagal ke Irau. kami tak benar2 fit! nah, praktislah sekarang untuk 30minit. kaki melangkah makin cepat. langit sudah cerah. jangan sampai terlepas sunrise.
babak 9 :
"korang, lutut aku dah gigil. korang teruskan. aku kat sini je." ijan yang mudah gayat di tempat curam bersuara. hanya beberapa meter puncak Broga itu di depan mata kami. antara kewarasan, kasihan dan pentingkan diri. bercampur baur.
"eh, OK kot. tak curam sangat kan?" ijan bersuara lagi. perjalanan di teruskan. lereng bukit yang berbentuk tangga agak licin dan memenatkan. ah, jangan kalah sebelum menang!
babak 10 :
kami tercium bau angin. sangat dingin. dah sampai! lega. puncak Broga kami cium secium ciumnya. (ah, tipu aje).
"alamak, semua orang bawak kamera yang bapak punya canggih. besar2.mesti cantik gambar dorang".
sambil hilangkan mengah sambil melihat gelagat orang. memang betul. ramai!
babak 11 :
"kita tak berseni sangat ambik gambar". shemmi rendah diri tahap tapak kaki. tapi ini kenyataan. pahit lagi benar.
"kita pun..adik kita selalu kata gambar kita ambil tak cantik..bla..bla.." liz juga akur. sambil menanti matahari muncul, air teh O panas yang dibekal liz kami teguk. masam! (sebab Liz letak limau daa...)
babak 12 :
akhirnya cik matahari muncul. dalam jam 8 pagi. menangkap lensa kamera pendaki. aksi bergambar melompat, terbang serong, bermanja di atas batu, bermanja dengan lalang terlihat di mana2. shemmi ikut serta. bersama liz dan ijan, kami tak mau kalah dengan kamera yang besar!sedaya upaya mencari shoot yang terbaik. tak kisahla jika gambar tak cantik pun, asal kami ada kenangan untuk dibawa pulang ke shah alam. nak letak dalam facebook!haha.. jam 9 pagi kami beransur turun dari Broga. perut mulai lapar. bersarapan di pekan Semenyih kemudian bertolak pulak ke air terjun Sg. Tekala. ^_^
* dengan ini, tamatlah sebuah drama 1 episod pada 21 February 2010 di Bukit Broga antara shemmi, Liz dan Ijan.. cam poyo je ayat bercerita kali ni. hahaha...Sekian, terima kasih Maha Pencipta Bukit Broga!
^_^
7 comments:
memang saya sangat jelessss dengan entry dan gambar yg sangat cantik ini!
jive;
~marilah kite pegi..skrg time bunga lalang berkembang...haha...
hehe.. nice pic! waa.. lasak r cik shemmi ni. syik travel je. bestnyee! jauh perjalan, luas pemandangan, tambah pengalaman. nature lover.. =)
ieda;
~yes! i lov nature!
^_^
akhirnya pergi jugak...fuhh
Salam Shemmi & semua pembaca blog ni,
Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.
Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.
Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/
atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation
TQVM
-zu-
>>nice photos
oooo..ni beverly hill tu.
Post a Comment