CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 11, 2009

Tolong Aku Encik/Cik Sri Siantan

apa aku patut buat bila...

seseorang tetiba jadi so nice dengan aku. aku takleh 'hidu' kenapa dia tetiba jadi sangat nice. mesej aku. tanya khabar. tanya sedang buat apa. yang selama ini aku tahu dengan pasti dia takkan mahu untuk mesej aku dan tanya pulak khabar aku. sihat ke tidak. bukan nak berburuk sangka. tapi itulah kenyataan yang tak hebat yang aku kena telan.

(ahh...hp berbunyi lagi. ini kali ke-4. sakit hati aku mendengarnya. sakit kerana aku buntu.)

dan tiba-tiba seseorang tu call aku, tanya khabar juga. dalam berborak bercerita bertanya khabar.. tiba-tiba seseorang itu melahirkan hasrat hatinya.

"nak pinjam wang...bla...bla..."

nah, aku dah tau kenapa suddenly seseorang itu jadi so nice dengan aku. dan aku dengan baik hatinya kata; 'kalau nak mintak tolong sket2 tu boleh la'..ini jawapan beberapa hari yang dulu. aku mudah rasa belas kasihan. dan juga konon2 bajet pemurah serta sedia membantu makhluk yang dalam kesusahan.

(ahh...berbunyi lagi. kali ke-5. aku tak berani nak jawab. Tuhan, tolongg..)

(ehh...naik no. office pulak?....kali ke-6. aku tau itu no seseorang itu)

aku sedih. sakit hati. juga buntu. aku mahu tolong. aku juga tak mau tolong. bukan kerana kedekut tapi kerana... ini bukan pertama kali seseorang itu meminta. sudah beberapa kali. dan beberapa kali itu juga dia berjanji untuk melunaskan. beberapa kali itu juga dia memungkiri. at last, aku katakan pada hati... 'aku halalkan aje...tak banyak mana pun. beratus-ratus...bukan bleh bawak kubur pun'...

kali ni 1.5k.. tak banyak juga. ye, bagi Bill Gate memang tak banyak. tapi bagi aku itu jumlah yang mampu membuatkan aku haru biru nak mengumpulnya.

jadi sekarang..apa aku harus buat? pilihannya...

1. pegi keluarkan KWSP untuk bantu dia?
2. perabihkan aje duit dalam ASB bagi je kat dia?
3. buat bodoh aje. jangan jawab call sampai bebila?
4. tukar no. talipon dan pura2 lupa nak update kasi dia?
5. malam ni buat part time kat 7E, pastu bagi gaji kat dia?
6. mesej aje kata : 'maaf, takleh bagi'.
7. pura2 hilang ingatan dan tak kenal dia?
8. jual burger tepi flat untuk kumpul duit?
9. bagi pinjam wang dan kata itu duit company, ambik senyap2 & kena bayar cepat?
10. pegi rompak kedai dobi sebelah opis?

tolonglah... bantu aku melalui jalan yang tak berapa nak buntu ni...apa aku patut buat?

seseorang itu adalah abang aku..

7 comments:

kelam rider said...

abang kau patut jaga kau, bukan 'gunakan' kau. suruh dia jadi lelaki sedikit

Rosy Girl~ said...

*saya perlukan duit untuk diri saya di masa tua nanti...*

hohoho~

Shemmi said...

rosy dear;
~'saya...saya...saya tak sampai hati!'<===dungu


kelam rider;
~suruh jadi 'lelaki'?haha..sgt ikhlas!aku suka!

^_^

Abgbent said...

Berterus terang lebih baik daripada makan hati sendiri-sendiri.

Berterus terang akan melapangkan segala kekusutan yang ada kerana sifat jujur adalah salah satu daripada penawar pada kekusutan jiwa dan mainan perasaan oleh para syaitan.

Jujur berkata yang lahir dari jiwa pasti kelak mententeramkan perasaan yang bergelora. Usah disembunyikan apa-apa darinya, kelak menambahkan bala bencana pada perasaan yang pasti ada turun dan naiknya.

Salam buat adikku Shemmi.

hans said...

3 dan 7 pilihan yang sesuai untuk budak tu

chai n tea said...

bgtau dia..

maaf takleh bagi..

xpon bagitau
hutang dulu apa cerita?

i knw i know mmg x sampai hati
coz i've been there

kuatkn semangat..

masa dia susah hang tolong dia
masa hang susah ada nmpk muka dia?

baincardin said...

Salam Shemmi. Bain pun dah kene macam ni byk kali.

Shemmi jawab mcm ni, cakap je Shemmi takde duit, tak cukup duit, untuk diri sendiri pun tak cukup. Minta maaf kt dia seblum tu sebab tak dapat membantu.

ok tak cadangan ni ? ^_^

*btw, timer kasih ngan votes 10-bintang tu ye! yay! ^_^