semalam, aku ada satu masalah. tak besar tak kecil. tapi aku seperti biasa suka untuk manja2 dengan kawan2.. nak jugak mintak tolong kawan2.. wlp benda tu kecik aje. jadi aku uar2kan di dalam blog... ^_^
maklum balas yang aku terima, kurang dari sepuluh tapi lebih dari satu. itu bermakna ia cukup banyak. terima kasih tak terhingga untuk sahabat2 blogger semua. sayang korang!!
ini maklumbalas yang aku terima;
Rosy Girl:
"*saya perlukan duit untuk diri saya di masa tua nanti...*hohoho~"
Kelam rider:
"abang kau patut jaga kau, bukan 'gunakan' kau. suruh dia jadi lelaki sedikit"
chai n tea:
"bgtau dia..maaf takleh bagi..xpon bagitauhutang dulu apa cerita?i knw i know mmg x sampai hati coz i've been there. kuatkn semangat..masa dia susah hang tolong dia. masa hang susah ada nmpk muka dia?"
hans:
"3 dan 7 pilihan yang sesuai untuk budak tu" (huhu..hans, dia bukan budak lagi..)
Bain:
"Salam Shemmi. Bain pun dah kene macam ni byk kali. Shemmi jawab mcm ni, cakap je Shemmi takde duit, tak cukup duit, untuk diri sendiri pun tak cukup. Minta maaf kt dia seblum tu sebab tak dapat membantu. ok tak cadangan ni ? ^_^ "
Abgbent;
"Berterus terang lebih baik daripada makan hati sendiri-sendiri. Berterus terang akan melapangkan segala kekusutan yang ada kerana sifat jujur adalah salah satu daripada penawar pada kekusutan jiwa dan mainan perasaan oleh para syaitan. Jujur berkata yang lahir dari jiwa pasti kelak mententeramkan perasaan yang bergelora. Usah disembunyikan apa-apa darinya, kelak menambahkan bala bencana pada perasaan yang pasti ada turun dan naiknya.
Salam buat adikku Shemmi."
atas sokongan kalian... nah, aku dah berjaya. berjaya kuatkan semangat untuk bagitau tentang ketaksanggupan aku. aku bagi mesej aje. tak sanggup beb nak cakap phone to phone...
ini sudah tertulis dalam kitab takdir hidup aku di Luh Mahfuz..pada jam 3.15 petang waktu malaysia pada hari rabu 11 november 2009, aku yang bernama sekian-sekian telah membantu seorang hamba Allah yang berkemungkinan besar dalam kesusahan yang teramat sangat dengan sedikit bantuan kecil.
maaf kawan2, sekuat mana pun aku cuba lari sekuat itu juga seseorang itu kejar. dah ini namanya takdir kan?.. hahahaha...kawan2, marilah ketawa dengan aku dengan berlapang dada. sesungguhnya semua yang aku miliki itu milik Allah jua. jika Dia kehendaki ia jadi begitu maka, tentulah ia akan tetap jadi begitu kan? boleh jadi jika sesuatu itu hilang, ia terjadi kerana Allah menginginkan sesutu yang lebih baik untuk aku. boleh jadi sesuatu itu berlaku, sekadar mahu menguji sejauh mana aku ini mampu bersabar dengan sedikit dugaan. siapa tahu bukan?
hidup ini terlalu singkat untuk disedih2kan dirisau2kan. ohya, malam ni 7.30 mlm, tv3 ada Naruto Shippuden! meh join aku kalau korang tak mahu baca Yasin. ^_^
*****************************************
"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."[Riwayat al-Baihaqi ]

4 comments:
erm..
murni sggh hati kamu
lepas ni kuatkan semangat ok
utk masa depan kamu gak
erm..cian ko..
aku blur..sgt2 shemmi..aku teperangkap dgn jerat dunia..
jot;
~lately ko len mcm...ada mslh ker?..
chai n tea;
~seme dah settle..hati pon lega..just wait n see jnji2nya...
jangan lupa bayar hutang..hehe..
btw, i link u k ;)
Post a Comment