Wednesday, December 31, 2008

Khutbah Terakhir Tahun 2008

Esok tahun baru..

Minda saya dah cukup cergaskah untuk di bawa ke tahun 2009? Rasanya masih terpasung dengan azam tahun 2008 yang 'failed' di saat2 akhir.
Azam yang bukan bersifat kebendaan, bukan memerlukan titik peluh yang kasar pun sukar nak di buat...
Hai hai haiii...(Hemh!tidak baik mengeluh bukan?)

Masuk hari ni, saya sedang membilang masa untuk tunggu gaji clear. Dalam benak yang tidak serik2 ni sedang mengira...bukan mengira jam untuk masuk ke tahun 2009 tapi..

"emh, bila nak masuk gaji ni nak shopping...sewa..hutang..nak..bla..bla..".

Ye, saya highlightkan tang 'shopping'. Agaknya betapa banyak pun duit yang kita dapat, ia tetap tidak akan cukup juga. Emh, boleh ke saya cakap macam ni? Ke sebab musababnya adalah duit yang tidak berkat? (Rasanya keperluan cukup aje, cuma duit yang tidak cukup..huhu) Duit..emh..bila..dimana..kemana ia mengalir..kadang-kadang memang saya tak berapa nak nampak..Haha! Tau-tau aje duit dah lesap.. Ada toyol ke hape poket saya..

Tak banyak cerita yang nak di bebelkan dalam blog hari ni. Tapi banyak pulak soalan yang bertalu-talu mengetuk ruang kepala bila memikirkan tahun 2008 dah pun berakhir. Siapa saya dalam tahun 2008 yang lalu?

Jujurnya saya tidak pernah menanam walau seketul benih 'azam' saban tahun. Kalau ada pun ia sekadar suka-suka. Haha.. bunyiknya macam orang yang hidup tanpa ada 'tujuan'. Dan mau saja di pancung orang yang hidup sebegini bukan? Tapi, bagi saya, apa yang berlaku dalam tahun "tersebut" itu adalah 'misteri' hidup yang perlu saya lalui untuk tahun itu. Jika indah, maka indahlah. Jika hodoh, maka saya cuba untuk jadikan ia indah. Life dah complicated, kenapa mesti nak semakkan lagi ia dengan benda-benda complicated kan? Macam membuat azam..haha..bagi saya ia sesuatu yang complicated. Kalau tak tercapai, maunya nak forward ke next year. emh, tak best tak best...Lagipun..siapalah yang tahu, tahun depan itu milik siapa...hihi..


Emh, new resolution...be kind to everyone...pray often..pray often..huhu...Anda sudah baca doa tahun baru ke belum? Selamat Tahun Baru!!


HotHot

Tuesday, December 30, 2008

Wedding Day Halimatun

28 Dec 2008..

Hari persandingan Matun. Memang pada mulanya takmo pegi, pasal, memang bleh agak dah sure ada sendu yang tertumpahnya. Huhu.. Walaupun mula2 tu macam OK, pastu bila dengar je bunyik kompang bertalu2 dari luar dewan...Saat tu seluruh badan rasa menggigil..memang melampau sungguh!Pasal bukan saya si pengantinnya, tapi Halimatun, tapi yang lebih2 dok menggeletarnya adalah saya!Tak ke pelik tu.


Pengantin tersenyum anggun tanda bahagia (saya amik berkat kena dok sebelah!Haha!)


Masing2 dah kenyang..tunggu turn nak jumpa pengantin

Bila sampai saat si pengantin masuk dewan, nak snap gambar pun dah tak betul. Tangan saya menggigil. Saya tak taulah, ini sebab darah gemuruh ke, atau apa. Tapi yang sebenarnya emosi saya tak berapa kuat, rasa yang macam2. Terharu, sedih pun ye, gembira pun ye..Pendek kata perasaannya tak terkata. Sedih pasal saya yang tinggal lom kawin kot!Hahaha! Sampai saat nak brsalam dengan Matun, mengalir air mata tak dapat di tahan...

Tabik kat M. Nor, wlp baru lepas excident, tapi maintain cool & segak di samping Matun.


Giliran siapa pula antara kami selepas ni ye?


Gambar2 tak banyak di ambil. Salah setting ke hape..Gambar tak cantik. Maklum la nama pun kamera pinjam! Haha!
Selamat Pengantin Baru Dear Halimatun! Semoga dilimpahi keberkatan sampai akhir hayat kamu berdua!


HeartHeartHeart

Friday, December 26, 2008

Sape Nak Beli Benda Saya Lukis ni?



Saya borink..semua orang bercuti..dah petang2..tak tau mau bikin apa..maka lahirlah 'L' yang menyeramkan ni. Bukan sebab L tu budak yang seram tapi sebab saya lukis menjadikan dia seram.
Dalam erti kata lain..huduh! Maaflah peminat2 L seluruh dunia..mahupun pelukis asalnya..saya telah menampakkan L bermuka dan bentuk kepalanya pelik!

If there's a soulmate for everyone


Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
You're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
Is already in my life?
Right in front of me
Or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone
If there's a soulmate for everyone

Bukan lagu saya tapi lagu : Natasha Bedingfield


Pernahkah Anda merasai situasi ini? Anda menangis di tengah malam, dikala itu semua orang sedang di ulit mimpi, tapi Anda pula sedang mendendang lagu sendu sebagai peneman malam, atau hanya malam yang jadi peneman anda. Bantal Anda sehingga naik 'kematu' dek air mata Anda yang masin itu. Jika di buat lagu oleh Melly Goeslow pasti tajuknya, "Andai Bantal Bisa Berbicara".

Di saat itu, di sisi Anda..oh ya bukan ada hantu tapi..di sisi Anda, Anda tak punya sesiapa..Ye, Maha Kasih Allah Dia ada dalam hati Anda. Tapi yang Anda perlukan sekarang is "seseorang". Saat ini hati anda bergema dengan lagu2 paling sedih yang pernah Anda dengar melalui corong radio. Lagu tentang keseorangan, alone, sendiri..dan yang entah apa-apa lagi sedihnya. Saat ini yang pastinya lagu dangdut tidak termasuk dalam list "sedih" Anda itu. Lagu Rock jauh sekali.

Pernahkah Anda lalui saat-saat ini? Anda hanya perlukan 'seorang' bukan dua tiga orang. Anda tidak meminta lebih dari seorang. Berkali2 Anda katakan Anda tidak tamak. Tapi seorang pun tidak ada di sisi Anda. Anda rasa ketika ini Andalah yang paling kasihan dan menderita, melebihi penderitaan kanak-kanak Palestin. Anda ingin menangis semahunya di bahu dia, Anda mahu ceritakan kesemuanya pada dia, Anda mahu hamburkan keperitan hari2 yang Anda lalui kepada dia. Tapi Anda kasihan kerana Anda tidak ada dia. Pernahkah Anda lalui keadaan ini?

(Haha..macam intro2 dalam iklan pulak. Ending dia berbunyi.."Sila type ON Teman dan hantarkan ke 32336. Cheh! siot je.)

Bila dengar lagu ini..Saya rasa saya memerlukan seorang itu. Boleh kata hati saya sedang mendendangkan lagu ini. Tapi maaf, suara saya pasti tidak sama dengan suara Si Natasha Bedingfield. Dan maaf, bukan begitu kesedihan bunyinya..hohoho...Tapi, hukum kejadian manusia, pasti memerlukan teman @ soulmate bukan? Tuhan sangat tahu tentang itu, maka disebabkan itu juga Hawa datang untuk Adam. (Kadang2 ajelah blues ni menyerang saya..kadang, belum sempat fikir apa, saya dah terbang ke bulan! zzzZZZZ....)

I'm still waiting in line


Wednesday, December 24, 2008

Monolog Tentang ... Semalam


Aku : Kau...pasal semalam.. (kelu)
Kau : Ye,..pasal semalam..
Aku : Kalau kau jadi aku kau sedih tak pasal semalam?
Kau : (Diam)
Aku : Kau..
Kau : Ye, aku akan turut rasa seperti mana kau rasa.
Aku : Apa harus aku buat?
Kau : Jangan fikirkannya lagi.
Aku : Tapi...
Kau : Turuti kemahuannya. Ia tak bermakna kau silap kau kalah.
Aku : (Berjuraian air mata)
Kau : Inilah yang aku suka tentang kau.
Aku : (Angkat wajah, pelik!)
Kau : Kau zahirkan saja apa yang kau rasa. Kau tak simpan apa yang yang rasa. Itu baik bukan?
Aku : (Ada senyum terukir di wajah).
Aku : Betul ker...Atau kau sekadar mahu menenangkan hati aku?
Kau : (Diam)
........

Tuesday, December 23, 2008

Watak & Perwatakan..err..(blur la nak kasik tajuk)

Hidup ni macam drama dalam slot Cerekarama.

Watak dalam drama ni macam2. Ada watak baik, watak anak yang terpinggir, ari2 kena belasah pun ada, watak ayah yang tengah nak ke kebun, test2 pegang cangkul dah kesat2 peluh, watak mak yang sedang memasak (sure tengah goreng ikan) , xpun sedang berleter marahkan ayah sambil buat muka. Belum lagi watak antagonis. Memang bengis habisla muka nak kasik nampak jahat. Ketawa pun berdekah-dekah macam orang jahat. Padahal orang jahat kalo ketawa, sikit2 je sebab tak kasi nampak jahat. Paling best drama Melayu ni part meja makan yang memang kalo kira memang bleh sampai 10 kali.Memang syik makan, makan, makan. Haha!

Ek, saya bukan nak cakap pasal drama Melayu..tapi pasal hidup. Pasal bagaimana watak2 dalam hidup kita ni mempengaruhi sedikit sebanyak hidup kita. Dari watak yang baik, yang sudah semestinya selalu ada di samping kita. Ambilan contohnya kawan-kawan yang selalu menyokong, family yang selalu ada. Bos yang selalu kenyit2 mata terkantoi kita main internet. (bos saya la..bos orang lain saya tak tau)

Watak jahatnya yang selalu buat kita nak menyinga. Watak nilah selalunya susah nak kita hindar. Sebab sedaya upaya dia berusaha untuk ciptakn konflik dengan kita. Wlp sedaya upaya kita cuba ber'lakon' se'cool' yang mungkin..meaning bersabar..tapi sedaya upaya tu jugak watak jahat ni cuba utk cucuk 'pinggang' kita supaya kita 'melatah' dan membalas dengan carut marut yang bukan2. Biasalah..orang melatah bukan ke akan sebut apa saja bila di agah. Kadang2 watak jahat ni kita rasa nak ambik pistol aje dan tembak.

Watak sampingan, wlp kalo dikira babaknya kurang dengan perjalanan hidup kita, tapi dia juga turut mempengaruhi hidup kita. Contohnya pekerja2 di pasaraya, pengambik order kat kedai makan, atau paling koman, makcik cleaner yang kita jumpa sesekali tatkala menjengah muka ke pejabat. Watak ni selalunya kita selalu lupa. Padahal kalau takde dia, hari2 kita dalam satu hari tu, tentu tak kan berjalan dengan sempurna. Kita susah bukan nak ucapkan terima kasih pada watak2 sampingan ni...(tak kata orang tapi saya la).

Apa yang penting is watak kita sendiri.. Kita nak jadi hero, nak jadi heroin, waima nak jadi inspektor Sahab pun dalam drama hidup ni, kita yang akan tentukan. Kita bawa sebagaiman kita fikir kita nak bawa. Betapa pun kita mengharap orang berpewatakan baik terhadap kita, kita seharusnya mula2 sekali untuk berwatak baik bagi mereka. Memang kita akan jumpa orang yang wataknya kita tidak suka, tapi harus diingat pada masa yang sama, ada seseorang yang juga tidak berkenan dengan watak yg kita bawa. Mungkin kita sedar, tapi kita selalu aje akan kata, "ini watak saya, saya tak mungkin bawa watak orang lain". (tak kata orang tapi saya la).
Emh..tapi tak ada watak kita yang macam2 ni, hidup ni bukan lagi sebuah drama tapi emh..emh..sebuah apa yer..takleh diklasifikasikan. Mungkin senang cakap, kehidupan ini takkan ada!

Emh..watak apa lagi yer...sambung len kali la..em kelakar tol, kalo drama Melayu, watak orang gaji mesti nama sepattern je..Mak Mah, Mak Kiah, Mak Jah..lansung tak komersial. Nape ye pengarah tak taruk nama Syakila ke, Isabella ke..takpun Ramona..

Adios.

Jom Naik Beskal!...


"Fikiran itu tempat dimana di dalamnya, Syurga dapat dibuat menjadi neraka dan Neraka dapat dibuat menjadi syurga"


"Orang tidak akan menderita kerana apa yang terjadi, tetapi menderita kerana pendapatnya sendiri tentang apa yang terjadi"


Monday, December 22, 2008

Keris Kontot Yang Tak Pernah Di Asah

Saya,...
(Tarik nafas..)
Memang manusia yang sensitif.
Itu diakui.

Mudah melatah?
Emh..mungkin jugak. Bila di provok, bila di komen seperti mana yang saya tak suka terima. Maka, saya akan melatah.Melompat. Kadang membuka keris. Mahu bersilat gayanya. Buka langkah yang macam2. Walaupun tak pandai mengatur bunga. Langkahnya sumbang. Tak mengapa nama kena pertahan. Lagaknya.
Ye, istiharkan perang. Maka, akan lahirlah mesej ini di penghujungnya...

"ada someone cite anda mmg pandai maki org,mula2 tak caya tapi hari ni kena percaya..."

Di saat ni..saya paling tahu siapa orang yang dah pun kalah.
Siapa yang paling suffer.
Siapa yang paling parah di tusuk bilah keris.
Saya!

Berjuntaian air mata keluar. Tadinya saya macam laksamana di medan perang. Gagah. Tapi hakikatnya hati di dalam saya tak mahu semua ni. Perang? Siapa yang mahukan perang dalam dunia ni! Itu kerja gila!
Saya hanya berlagak tadinya. Keris tu dah lama pun kontot. Saya tak pernah 'asah'. Kalau tertusuk pun pada sesiapa, saya amat2 tahu, itu bukan pilihan yang akal saya mahu lakukan. Demi Allah, tidak!

Tapi di saat nafsu marah merajai hati, siapa yang paling menang antara yang kalah? Sudah tentulah nafsu! Iman yang tipis tu tak mampu nak benteng hati dari terus membalas serangan.
Bertubi2. Saya yang lemah, seringkali memberi alasan ini..

"saya tak mampu menahan..saya hanya melindungi diri..."

Di saat ini jugak, bertalu2 pula saya serang diri sendiri.
Ok, saya orang yang teruk. Orang yang pelik. Macam2.
Nah! Dah separuh tenaga positif dalam diri di telan dek tenaga negative yang saya serap dari tadi.

Mahu kata apa ye?
Saya tak suka diri saya yang seperti ini. Sick

Akhirnya ye, badan saya terasa lemah, mata mengantuk.
Beginilah selalunya. Bila lembah air mata berjuraian, diri rasa down, saya akan jadi letih, jawabnya hanya ada satu benda yang paling azimat...
Bantal!
Ye, saya hanya mahukan tidur yang sejenak. Agar bangun, semuanya yang kusut masai tadi turut hilang. Biasanya begitu.

Saat ini saya juga pasti...saya bukan orang yang teruk seperti mana yang saya fikirkan sebentar tadi. Sama sekali tidak! Saya unik. Saya tersendiri. Jika ada seribu wajah yang saya pamerkan. Itu adalah saya. Tak mungkin saya akan jadi orang lain.

Maaf,
Kalian, saya hanya mahukan tidur yang nyenyak.

Thursday, December 18, 2008

Satu Hari Bersama Cik Mbok - Part 1

Setiap pagi Cik Mbok membuka warungnya. Kadang ia sekadar menjengah. Bukan bertujuan ingin 'berniaga'. Tetapi saban hari kepalanya ligat memikir sarapan pagi apa yang harus dibuat. Menu tengahari apa yang harus disiapkan. Makan malam apa yanga bisa menambat hati pelanggan. Semua itu selalu saja membuat Cik Mbok gundah gulana. Dia sebetulnya selalu saja kehabisan idea.

Cik Mbok sibuk mengibas2 debu, sawang yang mula beranak pinak di ruang warungnya. Dalam hati nya kepalang bimbang, pelanggan yang datang suka atau tidak dengan juadah yang terhidang. Pelanggan jamah atau tidak dengan 'kuih-muih' yang di sedianya. Terkadang ada juga 'kuih-muih' yang diimport dari jiran-jiran nya. Cik Mbok bukan mahu menambah angka jualan di warungnya, 'kuih-muih' itu import kerana dia sendiri yang suka 'memakan'nya.

Terkadang tubuh kecilnya terkedek-kedek ke hulu ke hilir singgah di warung milik jiran-jirannya bila kelapangan. Bukan untuk mencuri idea, tapi sekadar mendapatkan ilham, juga menambah rakan taulan. Kadang hatinya tergeletek sendiri tatkala 'menjamah' 'kuih-muih' yang terhidang. Cukup teruja melihat warung milik orang lain itu. Juadahnya enak, menunya indah, hiasannya saja bisa buat pelanggan sering datang menjengah. Hai..dari mana ye datangnya 'buah tangan' mereka tu..

Cik Mbok bingkas bangun. Bangun dari lamun yang panjang. Penyapu lidi rautannya sendiri di capai. Di sapu-sapu pasir di kaki meja warungnya.

"Emh, ada 4 kuntum bunga".
(Senyum..)
Dah semakin bercambah bunga pokok yang di tanamnya itu.
Cukuplah ini penaik semangatku. Getus hati Cik Mbok girang.

Lagi pula dia datang ke dunia warung ini bukan untuk apa-apa. Sekadar mahu memiliki sesuatu tempat untuk meluahkan segala 'resepi' jiwa, 'resepi' tentang hidup yang di laluinya hari-hari. Bukan untuk mencari glamor. Apatah lagi mencari keuntungan di sebalik nama Koizora yang dipilih untuk warungnya.
Cukuplah dia merasa puas melihat hasil tangannya. Mungkin tak sehebat mana. Tapi dalam hati Cik Mbok, dia tahu, banyak yang telah dipelajarinya. Dari tak tahu 'menumi's, 'menumbuk', kini Cik Mbok harus berbangga dia mampu untuk memuaskan hati. Sekurang-kurangnya hati dia! Tapi kepuasan ada titik noktah kah di dalam dunia ni? Persoalan itu meluncur laju ke benak Cik Mbok.

Cik Mbok terkedu.

Satu hela nafas yang panjang kedengaran. Cik Mbok bangun. Penyapu di simpan. Kain pengesat di sidai. Hari ini, apapun yang terjadi, apapun yang terhidang dalam warung ini, ia adalah milik hari ini. Jangan bimbang yang telah lalu, jangan fikir berat yang akan datang, fikir sekadar untuk kesediaan, selebihnya hargai masa hari ini. Lakukan yang terbaik untuk hari ini. Itulah kata-kata yang selalu di pegang Cik Mbok, tatkala 'pacat-pacat negative' mula memanjat ke dalam hatinya.

Bersambung..agaknya...Sick

Tuesday, December 16, 2008

Anak Bongsu Tu Best Ker?...



Menjadi anak bongsu itu manis ker?
(Telan air liur..)
Emh...pahit rasanya.
Kenapa sedari kecil..sering di momokkan dengan cerita anak bongsu manja, dimanja, dibelai lebih dari abang2nya, dapat apa yang diminta..
(Ke saya je anak bongsu yang tak sebegitu?..)
Dalam kepala tercatat sebuah kenyataan,
anak bongsu pastilah selalu ditinggalkan..abang, kakak, ayah, ibu.
Anak bongsu harus usaha sendiri apa yang dimahukannya.
(Pahit..)

Emh..semua orang begitu.
(Pujuk hati..)
Senyum.

Kelmarin seorang lagi abang kahwin.
(Telan air liur lagi..)
Emh..pahit lagi rasanya.
Mujurnya tiada tangisan yang bertandang tatkala majlis itu berlansung dari kelopak mata.
(Bertahan..)
Mahu kelihatan tabah di mata orang, walaupun terasa sebelah sayap dah tiada.
Ye, dia masih ahli keluarga kami, masih lagi seorang abang.
Tiada apa yang berubah.
Tapi linkungan perhatiannya bukan lagi 'total' untuk seorang adik..bukan lagi untuk keluarga.
Harus permisi..ada misi seorang suami yang harus dipenuhi..
terlebih dahulu!
Maka dengan sendirinya pasti ada yang akan berubah.
(Akur..)

Malam semalam..
Ada air mata yang tak dapat di tahan.
Merembes keluar macam air di empangan.
(Ye, dah beberapa hari saya menahan..)
Rasa 'hilang' itu mengundang sedari bangkit ketika subuh. Terasa ingin kembali ke pangkuan ibu..sambil dalam hati berdoa..

"Mak, jangan tinggalkan adik".

Selayaknya diri terasa seperti anak kecil. Walaupun kelihatan tabah tapi jujurnya hati mudah patah. Mudah terluka. Mudah..mudah..mudah..
Air mata itu selalu aje bertakung di kelopak..hanya ruang bilik yang kaku menjadi saksi..di depan khalayak pasti berani bersumpah...

"Saya tak apa2..saya tabah".

Pelukan terakhir seorang abang di majlis perkahwinannya masih hangat terasa. Itupun masih sempat di jerkah..

"Hai..tak takut cik adik baru dia marah ke tengok?"

Alahai..
Salah ke memeluk abang kandung sendiri ?
Menjadi rentetan cemburu dendam kah adegan itu terakam dalam diari kami adik beradik?
Pelik.
(Terdiam..lepaskan nafas..)
Emh..budaya itu tidak biasa agaknya dikalangan mereka.

Tak mengapalah..
Diri masih kukuh di sini

Monday, December 15, 2008

Kita Sekeluarga Walaupun Hati Kita Kadang Tak Serupa...

Kalau kita bersama..
kenapa banyak benda berlaku?
Kalau kita berjumpa..
Pasti ada tawa..ada senda gurau..
Tapi kenapa ada juga yang akan mengalirkan air mata?
Itukah namanya keluarga?
Adakah kita insan asing tapi terperangkap oleh darah yang mengalir dari tubuh yang sama?
Semalam kita bertegur sapa..
Hari ini kita bermasam muka
Kelmarin kita senda tertawa
esok pula kita sama2 memalingkan muka
Namun...
Itulah sebenarnya warna yang menjadikan kita keluarga yang normal walaupun tampak tidak sempurna
Kerna rasa percayalah..
Ada rasa bahagia dilahirkan di kalangan kalian semua!


SmileSmile

Heart Is...aka Hearty Paws

Seperti biasa saya sememangnya peminat cerita Korea @ Jepun.. Bagi saya cerita mereka (kebanyakannya) ada isi yang mampu menyentuh hati saya. Kadangkala, saya boleh menangis bersungai2 tatkala mengikuti cerita mereka yang kebanyakan genrenya adalah tentang cinta & kekeluargaan.

Sabtu lepas..malam..tepat kol 12.00am..dah tengah malam...penat baru balik dari Kelantan yg mengambil masa 8jam perjalanan (my bro wedding) ..tengok dalam keadaan mengantuk... siap landing baik punya atas sofa..sudahnya saya ketinggalan nak tengok ending Movie Korea ni..tertidur!
huwaaa!!..terkilannya tak terkata!

Paling saya tertarik dengan cerita ni is..pelakon kanak2 perempuan nya yang sangat berjaya membawa watak Soi. Comel, nakal, kelakar, sangat sayangkan abangnya, sangat sayangkan anjingnya.
Watak anjing yang sangat menyerupai seorang manusia..Opss...macam mana saya nak terangkan ye...emm....anjing ni sangat2 terlatih..sampai kita boleh nampak kesetiaan, kesedihan, kasih sayang dari matanya..wah..saya kira penerangan ni dah cukup munasabah..
Nanti kalo rajin saya kena jelajah Mysoju.com la tengok ending citer ni..haha..


Story: Chan (Yoo Seung-ho) is a little boy, who already has to put great responsibility on his shoulders at his young age. His little sister Soi (Kim Hyang-ki), as well as himself, suffer from the fact that their mother left them one year ago. They never lost hope that their mother may come back for them someday, but deep down inside Chan knows, that this day will never arrive.
The two children live at the house of some distant relatives. Chan fondly takes cares of his sister and even gives her a puppy at her birthday, which she so much wished for all the time. Soi names the dog Maeumi, which means something like "Heart". With this new friend at their side, life seems more joyful. Until something terrible happens one day...

To make things worse Chan's relatives move out, so that he has no one to turn to anymore. However, he now has the address of his mother, and so he goes to Busan to look for her. Eventually he ends up as a beggar on the streets. Feeling down and being torn by grief, Chan even casts out his dog Maeumi, who yet keeps following him at every turn. In the end his dog proves to be a true loyal friend and rescues Chan on more than one occassion, even when the boy has to deal with the dangerous leader of a beggar gang.



Hero kecik yang hemsem ... hihihi ...


Beg pink..satu2nya barang yang ditinggalkan oleh ibu mereka yang sangat disayangi oleh Soi


It's all about heart...

Wednesday, December 10, 2008

Siapa Antara Kami Yang Kamu Nak Vote Keluar? Hehe..


Haha... Lately saya suka nak cuba2 buat Scrapbook... gambar ni di ambil ketika keluar makan2..window shopping dengan kengkawan opis...Tah camane lepas kenyang je perut..nak balik..ada je idea poyo nak bergambar secara pelik..kengkonon gadis 'hot' cam rancangan realiti Supermodel..haha..just for fun!



Sesape nak bergambar dengan mamat tu..silalah berkunjung ke Jusco Bukit Tinggi...gambarnya terpampang di pintu masuk..sekian..(tolong promote)..


Supermodel 1 : Ita
Asal : Jalan Kebun (Selangor)
Kesukaan : Berkebun


Supermodel 2 : Shemmi
Asal : Jalan Pekan (Pahang)
Kesukaan : Mencari Komik Di kedai Buku


Supermodel 3 : Pa'an
Asal : Jalan Bukit (Melaka)
Kesukaan : Makan Pecal Ayam Restoran Ibu

KissKissKiss

Emh..Lately Saya Rasa Saya Macam...

Emh..Lately saya rasa macam saya kuat makan aje..Makan tak minta izin dari Allah ke apa..
Semalam aje dah bantai 4 ketul donat berperisa peanut bersalut coklat! Nah!Bayangkan lah berapa kalori yang dah saya telan!
(haha..sebenarnya saya tak pernah hirau kiraan kalori ketika saya makan..just cuba tolak makanan yang ada unsur2 santan & minyak..wlp begitu..saya orang Melayu..maka nak tak nak tekak dah terbiasa...poyo!)
Bila terasa seluar mulai sendat di bahagian zip..mula la kelam kabut nak berdiet..tapi masuk kedai saya melantak secara berhemah juga!Hehe..

Emh..lately saya gemar pulak bergambar. dulu2 bukan habit saya menengok kamera. Mentah2 saya menjebek ke kamera. Sebab rasa muke cam tak best aje...Sekarang bukan la nak kata muka macam best..(kang orang kata perasan pula) tapi kegemaran 'kadangkala' yang macam syok sendiri ni asbestos jugak sesekali di buat. Haha! Specially dengan kawan2 yang sekepala.
But..saya tak suka bergaya "tegak macam patung" di depan lensa. Macam budak school aje..
Kamera pun naik segan nak snap..haha...

Emh...lately saya rasa saya dah tak terbuat solat sunat..hai..macam mana nak dapat suami serupa itu malaikat sedangkan saya sendiri macam...tutt...macam siput..jalan lambat2...

Emh..lately saya rasa saya makin payah bangun Subuh awal..tak macam baru2 lepas ramadhan..tak susah nak bangun awal.. tak mengantuk..x malas..tak macam2..ada ustad kata..kalo nak tengok ramadhan yang lalu tu dapat 'title' ke tidak..tengok amalan seseorang tu selepas abis ramadhan...wallah! Macam ni teruknya markah saya dulu ye..masyaAllah!

Emh..lately..saya rasa saya macam takde apa2 nak dibanggakan..i mean dari segi kerjaya..harta benda...walaupun semua tu is ukurun dunia..tapi..benda2 tu jugak sebenarnya nak tengok orang tu berjaya atau tidak...haii...lately saya selalu masukkan aura negative dalam diri...semua tu tak betul..tak elok...Cis! Nyah kau pemikiran yang negative!!..Jika kamu tak respek diri kamu..macam mana nak buatkan orang respek kamu? Bangun ler shemmi oii!!

Pak Hamka ada menyebut..
"Anak laki-laki tidak boleh dihirau panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalau perahunya telah dikayuhnya ke tengah, dia tak boleh surut pulang, meski bagaimana besar gelombang. Biar kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada berbalik haluan pulang."

Emh..lately saya rasa saya selalu aje sakit kepala..sakit bahu...pendek kata area bahu masuk ke kepala...bangun pepagi aje kualiti tidur tu dah tak ada..terlebih ke terkurang tidur..saya pun tak tahu...yang pasti bantal busuk yang selalu aje dulu buatkan saya bangga..saya dah mula rasa geram and pandang sebelah mata..haha...macam la bantal tu bernyawa..

Emh...lately...lately...saya stop sini dululah...lately banyak pulak saya mengarut dalam blog ni..

FootInMouthConfusedConfused

Tuesday, December 9, 2008

Bukit Tabur, Melawati

Empangan Klang Gate


Fuza & Liz

Kenangan dekat Bukit Tabur Melawati (15/11/08)..

Sebelah belakang tu Klang Gate nyer empangan..memang cantik..walaupun gambar ni agak poyo..rasanya sayang lak tak masuk dalam blog saya ni..sebagai kenangan..(show off!haha!)
Kenangan yang saya penah takluk puncak Bukit Tabur! Training sebelum pegi Berembun ari tu..
Ari tu dok citer aje..sekarang isi gambar lak la..(pasal supplier baru kasi gambar!haha..Liz!Geng Berembun)

Ada gambar aksi tengah takutkan anjing...tak dapat disiarkan dalam Blog sebab mempunyai unsur2 tahyul yang agak keterlaluan...


Penat...rehat jap...Seksi kan batu tuu...tu kena tutup..


Aksi paling merbahaya yang pernah saya sebarkan dalam internet!Haha!


GrinHeartPirate

Lagi Aksi Terlampau Gadis Di Danga Bay!!!


Haha..otak jangan kuning kay...

Saje je masuk gambar seksi ni...(seksi kerrr...hahaha...)
Sabtu yang lepas 6 Dis (keje half day memang pakai sempoi)..tah cemana dalam keadaan yang tidak bersolek..tak begitu sopan & jelita..berselipar Jepun..kena pulak pegi hantar testing equipment ke JB..
maka dikesempatan yang ada..(setelah diberi ongkos untuk belanja oleh bos)..maka kami (saya dan Ita)..setelah selesai misi menghantar barang..setelah mendapat keizinan dari bos..kami 'loka-loka' jap di Danga Bay..yang tak syoknya hari hujan..

Masa kecik2..saya takde peluang nak naik keta kecik ni..hukhuk..dah besar2 tak lulus la plak nak naik!


Saya kira idea decorate ni buat nyamuk membiak jer!


Bestnyer kalo buat rumah kayu macam ni...kat tepi umah ada kebun bunga..kolam ikan..perghh!!!


Mak saya pernah guna mesin ni...dia adalah 'cikgu' yang paling berjaya..setiap pagi beliau mengunjungi kebun getah untuk membesarkan anak2nya seramai 7 orang...tanpa seorang suami..(hey..saya pun pernah guna..after sekolah (darjah 4) saya tolong pusing2kan mesin ni..aduh..nostalgia!! Crying)


Haha..Sempatla gak snap gambar secara suka hati..kat tempat apa tah..ada rumah kayu yang lawa2...
haha..ni 1st time datang Danga Bay...macam jakun gak la sket2..

"Loka-loka" ~ Melencong Ke Tempat lain..lokasi-lokasi!Hahaha..istilah budak technician opisku!

FootInMouth